Apple dijangka akan mengadakan sebuah acara khas pada 10 September kelak (11 September waktu Malaysia), dan lanjutan daripada itu, mengikut laporan awal, Apple dijangka akan turut menawarkan iOS 7 kepada umum pada hari yang sama.
Buat masa ini, iOS 7 ditawarkan dalam bentuk beta kepada para pembangun, dimana melaluinya salah satu perubahan drastik yang disertakan adalah antaramuka baru, selain beberapa fungsi kawalan baru melaluinya.
Seperti biasa, ia hanya sekadar spekulasi awal sahaja, dan apakah Apple akan melancarkan pada tarikh tersebut ataupun tidak, sama-sama kita nantikan 11 September ini.