Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

BlackBerry Disasarkan Untuk Dijual Menjelang November?

$
0
0

Pihak BlackBerry sedia mengatakan yang mana mereka sedang melihat untuk beberapa strategi untuk syarikat, termasuk penjualan syarikat tersebut. Terkini, WSJ melaporkan yang mana pihak BlackBerry kini dalam proses mempercepatkan jualan, dan mungkin akan mengumumkan penjualan sebelum November ini.

Ia dikatakan pihak BlackBerry telah pun memulakan perbincangan awal dengan beberapa pihak, dan proses seterusnya dijangka akan dipercepatkan.

Sebelum ini, ia sedia dikatakan pihak BlackBerry mungkin akan mengasingkan perkhidmatan BBM melalui sebuah syarikat lain.

BlackBerry boleh dikatakan menghadapi persaingan sengit dalam arena mudah-alih, apatah lagi dengan proses pengenalan Blackberry 10 yang mengambil masa yang agak lama sebelum ini.

Sebelum ini, pada awal minggu, pihak Microsoft telah mengumumkan pengambil-alihan Nokia, dan mungkin ini menjadi salah satu sebab untuk pihak Blackberry untuk mempercepatkan penjualannya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186