Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Huawei Saman Samsung Atas Penyalahgunaan Paten

$
0
0

Perang dan saman-menyaman disebabkan oleh paten bukan sesuatu yang baru dalam arena teknologi. Terkini, pengeluar peranti terkemuka dari China, iaitu Huawei dilihat telah menyaman Samsung atas penyalahgunaan paten untuk peranti mudah-alih – terutamanya berkaitan dengan rangkaian.

Menurut Huawei, Samsung gagal untuk melesenkan paten berkaitan dengan baik dan terus menggunakan ia pada peranti LTE keluaran Samsung. Beberapa paten juga adalah paten biasa yang digunakan pada peranti mudah-alih yang mana sememangnya ditawarkan secara terbuka oleh Huawei untuk dilesenkan oleh pihak lain – salah satu perkara biasa yang sering berlaku dalam arena teknologi dalam usaha berkongsi format data.

Huawei mengatakan mereka tidak menerima sebarang royalti atas penggunaan paten mereka buat masa ini.

Walaubagaimanapun, pihak Huawei dipetik mengatakan mereka lebih berminat kepada mendapatkan kebenaran Samsung dalam menggunakan beberapa teknologi Samsung kembali berbanding mendapatkan wang untuk saman ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186