Outlook.com merupakan salah satu perkhidmatan emel atas-talian daripada pihak Microsoft, dimana menawarkan antaramuka yang ringkas dan minimalis. Namun, mungkin ramai yang gemarkan untuk menggunakan perkhidmatan emel bersama-sama beberapa perisian desktop, seperti Thunderbird dan sebagainya.
Untuk makluman, sebelum ini pihak Microsoft sedia menyokong sambungan menggunakan POP3 ataupun Exchange ActiveSync (EAS). Namun, ia perlu diaktifkan terlebih dahulu secara manual pada akaun Outlook masing-masing sebelum dapat menggunakan sokongan tersebut.
Berbeza dengannya, untuk IMAP, pengguna boleh menggunakan sokongan ini tanpa membuat sebarang tetapan khas pada akaun mereka, dan sedia diaktifkan untuk semua.
Berikut merupakan tetapan yang disediakan oleh pihak Microsoft untuk pengguna yang ingin gunakan sokongan IMAP untuk Outlook.com:
Incoming IMAP
- Server: imap-mail.outlook.com
- Server port: 993
- Encryption: SSL
Outgoing SMTP
- Server: smtp-mail.outlook.com
- Server port: 587
- Encryption: TLS