Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Asus Padfone Infinity Baru Dengan Sokongan Kamera Lebih Baik Diperkenalkan

$
0
0

Asus Padfone InfinityAsus hari ini telah pun memperkenalkan kemaskini kepada keluarga peranti hibrid mereka, iaitu Asus Padfone Infinity, dimana bersama-sama dengannya, mereka membawakan kemaskini spesifikasi dan beberapa penambahan menarik untuk pengguna.

Asus Padfone Infinity baru ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 800, selain mana turut menyertakan sokongan kamera yang lebih baik berbanding beberapa peranti lain di pasaran.

Asus memanggil teknologi kamera mereka yang baru ini sebagai PixelMaster dimana ia mengabungkan beberapa rakaman ke dalam sebuah gambar, sama seperti yang dilakukan oleh teknologi PureView daripada Nokia. Melaluinya, menggunakan kamera 13-megapixel, ia hadir dengan gambar pada resolusi 3-megapixel.

Ruangan storan pada Padfone Infinity baru dilihat dikecilkan kepada pilihan 16GB dan 32GB, tetapi sebaliknya ia didatangkan dengan sokongan mikro-SD, sesuatu yang tiada pada versi sebelumnya.

Spesifikasi lain masih dikekalkan, iaitu skrin 5-inci dengan paparan 1080p untuk telefon pintar, kamera hadapan 2-megapixel, dan sokongan audio SonicMaster.

Ia tidak diketahui lagi bilakah versi baru ini akan hadir ke pasaran tempatan. Versi Padfone Infinity sebelumnya dijual di Malaysia pada harga RM2699.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Trending Articles