
WeChat merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang digunakan ramai pengguna tempatan. Namun, ramai yang menghadapi masalah hari ini, apabila kemaskini automatik untuk aplikasi berkenaan di Android menghadapi masalah, dan menggantikan aplikasi berkenaan kepada yang lain.
Mengikut daripada pelbagai komen yang diterima, ia kelihatan melalui aplikasi yang dikemaskini, ia mengubah WeChat menjadi aplikasi Tivial Drive, menyebabkan ramai pengguna tidak boleh menggunakan perkhidmatan permesejan tersebut.
Melalui laman WeChat pada Google Play Store sendiri, ia menunjukkan saiz aplikasi sektiar 178Kb, memperlihatkan terdapat masalah pada bahagian pembangunnya, atau mungkin mempunyai sebab mereka yang lain.
Kami telah cuba menghubungi pihak WeChat dan sedang menantikan maklumbalas mereka. Sementara itu, mungkin bagi pengguna Android boleh mematikan sokongan kemaskini automatik untuk WeChat bagi mengelakkan anda menghadapi masalah menggunakannya.