Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Akhirnya, Google Dan Microsoft Bekerjasama Untuk Aplikasi YouTube Pada Windows Phone

$
0
0

Setelah siri perlawanan antara Google dan Microsoft sebelum ini, hari ini, kedua-dua gergasi tersebut mengumumkan yang mana mereka sedang bekerjasama dalam membangunkan aplikasi baru YouTube untuk para pengguna Windows Phone.

Aplikasi YouTube WP8

Aplikasi baru kelak akan mematuhi pelbagai terma penggunaan API YouTube, disamping pada masa yang sama menyertakan pengiklanan pada video. Ia dikatakan aplikasi ini akan hadir dalam beberapa minggu lagi.

Sebelum ini, kontroversi antara Microsoft dan Google hadir apabila Google meminta Microsoft untuk membuang aplikasi YouTube daripada Windows Phone Store kerana pelanggaran terma. Sebagai balasan, Microsoft meminta pihak Google membuka API YouTube supaya mereka boleh hadir dengan apa yang Google mahukan.

Namun, salah satu perkara yang dikatakan adalah dimana berkemungkinan ia akan terhad kepada penggunaan beberapa API berbentuk iFrame dan beberapa yang lain, sekaligus membuatkan beberapa fungsi pada aplikasi YouTube yang sedia ada kehilangan.

Apa-pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan ditawarkan oleh kedua-dua gergasi ini untuk para pengguan Windows Phone.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186