Intel dijangka akan memperkenalkan cip pemprosesan serba baru mereka, dikenali dengan nama kod “Haswell” pada bulan hadapan, dan daripada perkongsian awal, ia dikatakan akan membawakan masa penggunaan bateri lebih 50% berbanding cip “Ivy Bridge” sedia ada.
Menariknya, ia tidak akan memberikan kesan kepada prestasi penggunaan komputer riba ataupun tablet. Menurut Intel juga, ia akan menawarkan masa bertahan ketika dalam mod standby sehingga 20 kali ganda berbanding sekarang.
Intel dijangka akan mengumumkan cip Haswell pada bulan hadapan pada acara Computex, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai apa yang akan dibawakan olehnya pada ketika itu.