Toshl Finance merupakan salah satu aplikasi pengurusan kewangan yang popular dan terdapat pada pelbagai platform utama. Terkini, ia turut hadir untuk pengguna BlackBerry 10, memudahkan mereka menguruskan perbelanjaan, dan mencatatkan pelbagai perkara menggunakan aplikasi tersebut.
Untuk versi BlackBerry 10, ia hanya sekadar membawakan aplikasi yang di port daripada versi Android, dan bukannya versi natif seperti beberapa yang lain. Namun, para pengguna masih kekal menggunakannya tanpa sebarang masalah, selain sync dengan akaun Toshl sedia ada.
Bagi para pengguna BlackBerry 10 yang berminat, boleh menyemak BlackBerry World hari ini, dan memuat-turunnya secara percuma.
Muat-Turun Toshl Finance untuk BlackBerry 10