Yasmin Ahmad merupakan salah seorang pengarah filem, dan juga penulis skrip terkenal di Malaysia. Bersempena dengan ulang-tahun kelahiran beliau hari ini, 7 Januari, pihak Google menyediakan sebuah doodle khas untuk beliau.
Yasmin Ahmad (7 Januari 1958 – Julai 25, 2009) merupakan seorang sutradara, penulis lakon layar dan kolumnis di Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Muar, Johor ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.
Yasmin memulakan kerjaya dalam pengiklanan di Ogilvy & Mather, kemudian sebagai pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Filem-filem dan iklan-iklan beliau banyak merangkul anugerah berprestij dari dalam mahupun luar negara. Hasil kerjanya pernah memenangi anugerah dalam dan luar Malaysia.[Wikipedia]
Mungkin kini dengan Google yang sedia mempunyai pejabat rasmi di Malaysia, kita akan dapat melihat lebih banyak doodle-doodle menarik hadir daripada mereka khusus untuk pelbagai perkara berkaitan Malaysia.