Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Microsoft : Windows Phone Kini Platform Mudah-Alih Kedua Terbesar Di Malaysia

$
0
0

Nokia telah sedia memasarkan produk Lumia mereka dengan meluas, dan perkara ini sekaligus menyumbang kepada penambahan pengguna pada platform Windows Phone dari hari ke hari.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Microsoft kepada Neowin, Windows Phone kini merupakan platform operasi kedua terbesar di lebih kurang 14 pasaran, termasuk di Malaysia. Lebih peranti Windows Phone dipasarkan di Malaysia berbanding iPhone, sekaligus memperlihatkan permintaan untuk produk tersebut.

Seperti semua sedia maklum, Lumia 520 merupakan salah satu telefon pintar yang digunakan ramai diseluruh dunia disebabkan oleh harganya.

Nokia sendiri kini bergerak pantas dalam memperkenalkan telefon pintar Lumia mereka ke pasaran tempatan. Antara yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini adalah Lumia 525 dan juga Lumia 1520.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186