Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Majlis Fatwa Digesa Untuk Mengharamkan Perbualan Bukan Mahram Yang Mendorong Ke Maksiat

$
0
0

Hari ini, dua orang mufti dari Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan perbualan mereka yang bukan mahram di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya yang mendorong kepada perlakuan maksiat.

Pergaulan dan perbualan yang menjurus kepada maksiat adalah bertentangan dengan ajaran agama. Ini dilarang dalam Islam kerana boleh mengundang nafsu sekaligus mendorong ke arah maksiat.

Dua orang mufti, iaitu Mufti Pahang dan Mufti Pulau Pinang meminta pihak Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengambil tindakan berkaitan perkara ini.

Memandangkan mungkin sesetengah pengguna yang menggunakan media sosial untuk melakukan perkara tersebut secara tidak sedari atau sengaja, maka mungkin perkara ini perlu ditekankan semula oleh pihak berwajib, serta memberikan info tambahan kepada pengguna berkaitan dengannya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186