Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Apple Mungkin Tidak Lagi Menggunakan Penamaan Bernombor Untuk iPhone Tahun Ini

$
0
0

Telefon pintar iPhone sudah berada di pasaran lebih sedekad. Model terkini mereka menggunakan penamaan iPhone X dan melangkau terus penggunaan nama iPhone 9. Menurut penganalisa dari firma Guggenheim, tahun ini Apple akan meringkaskan penamaan iPhone sepertimana dilakukan kepada iPad sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

iPhone XiPhone 2018 yang menggunakan skrin LCD akan dijenamakan sebagai iPhone sahaja tanpa nombor. Versi dengan skrin OLED dan kemasan premium akan dijenamakan sebagai iPhone X. Dengan penamaan baru ini, pengguna dapat membezakan iPhone manakah yang lebih premium. Seperti kami laporkan sebelum ini, Apple akan melancarkan tiga model iPhone tahun ini dengan dua menggunakan skrin OLED dan satu dengan skrin LCD.

Penggunaan nombor pada iPad dihentikan dengan pelancaran iPad (2012) sebelum bertukar kepada iPad Air dan kini kembali semula kepada iPad. Diharap penjenamaan semula iPhone tidak mendatangkan kekeliruan seperti yang berlaku kepada iPad.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186