Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Lenovo Malaysia Memperkenalkan IdeaPhone K900 Untuk Pasaran Malaysia

$
0
0

Hari ini, selain daripada pihak Huawei yang hadir dengan Ascend Mate, pihak Lenovo Malaysia pula telah mengumumkan telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka untuk pasaran tempatan, iaitu IdeaPhone K900.

Lenovo K900

Lenovo IdeaPhone K900 ini dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z2580 (dwi-teras 2GHz), memori sebanyak 2GB RAM, kamera terbina 13-megapixel pada bahagian belakang dan 2-megapixel pada bahagian hadapan, serta didatangkan dengan Android 4.2 Jelly Bean.

Peranti ini turut dilengkapi dengan paparan 1080×1920 pixel pada skrin bersaiz 5.5-inci.

Di Malaysia, peranti ini akan dijual pada harga RM1699, dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi mereka seluruh negara.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186