Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Alibaba Membuka Pejabat Pertama Rantau Asia Tenggara Mereka Di Malaysia

$
0
0

Alibaba merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dari China. Ia terkenal dengan penawaran e-dagang, termasuk mempunyai pegangan majoriti pada Lazada. Selain daripada e-dagang, Alibaba Group turut mempunyai pelaburan pada sejumlah perkhidmatan lain, termasuk perkhidmatan perkomputeran awan, kewangan dan sebagainya.

Hari ini, Alibaba Group secara rasminya telah membuka pejabat pertama mereka di Asia Tenggara, terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Penawaran e-dagang Alibaba sendiri dikatakan akan menguntungkan PKS di Malaysia, selain menghubungkan mereka ke pembeli seluruh dunia – termasuk China melalui platform Alibaba.

Selari dengan pelancaran pejabat Alibaba di Malaysia, Jack Ma turut mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara “Malaysia Week” pada bulan Julai kelak – dimana melaluinya mereka akan mempromosikan pelbagai produk Malaysia pada platform mereka untuk tempoh seminggu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186