Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Samsung Mengesahkan Bakal Memperkenalkan Telefon Boleh-Lipat Pada Tahun Ini

$
0
0

Samsung telah diperkatakan akan hadir dengan telefon pintar boleh-lipat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terkini, melalui sebuah temuramah yang diadakan oleh CNBC, CEO Samsung mengesahkan yang mana peranti berkenaan mungkin diperkenalkan pada tahun ini.

Ia dikatakan, berkemungkinan Samsung memperkenalkannya pada acara Samsung Developer Conference yang dijadualkan pada bulan November kelak.

Menurut pelbagai desas-desus sebelum ini, ia dijangka menawarkan skrin sekitar 7-inci, dimana ia boleh dilipat dua untuk bersaiz seumpama telefon pintar. Pengguna juga turut boleh menikmati skrin lebih besar untuk melakukan beberapa perkara – termasuk melayari web.

Seperti biasa, dengan bulan November yang semakin hampir, kita mungkin mendengar lanjut mengenai peranti ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186