Secara teorinya anda boleh meletakkan logo Apple pada apa sahaja produk dan peminat tegar Apple akan membelinya tanpa berfikir dua kali. iCup ialah konsep cawan pintar yang berbentuk logo Apple yang dihasilkan oleh Tomislav Zvonarić . Pereka yang berasal dari Kanada ini menghasilkan cawan pintar yang boleh dikawal suhunya apabila disambungkan kepada sebuah komputer. Ini sebuah konsep yang agak menarik dan sebenarnya lebih praktikal di dunia sebenar dari Neurocam, Google Glass edisi Apple yang kami paparkan minggu lalu. Kepada peminat Apple dan Steve Jobs, adakah iCup ingin anda miliki. Kami harus akui konsep cawan pintar yang dapat dikawal suhunya ialah sesuatu yang kami ingin miliki. Minum kopi sejuk selepas menulis selama beberapa jam adakah sangat tidak mengujakan.
Sumber Behance