Ramai mungkin sedia mengenali Star Publication, yang mana merupakan syarikat media gergasi di Malaysia. Kini, mereka mengumumkan akan mengambil-alih 90% daripada pegangan syarikat Ocision, yang mana menjalankan beberapa perkhidmatan, termasuk iBilik, CarSifu dan juga Propwall.
Seperti semua sedia maklum, iBilik merupakan salah satu perkhidmatan dan pesaing AirBNB di Malaysia – menawarkan perkhidmatan untuk pemilik menyewa bilik dan homestay. Selain iBilik, Ocision juga turut memiliki perkhidmatan jual-beli kereta yang dinamakan sebagai CarSifu dan juga jual-beli hartanah yang dinamakan sebagai PropWall.
Star Publication mengambil-alih sebanyak 90% daripada pegangan pada Ocision, yang mana berjumlah sebanyak RM13.5 juta. Dengan pengambil-alihan ini juga ia akan membawa pelbagai perkhidmatan ini kepada peringkat seterusnya, apatah lagi dengan sokongan daripada gergasi media di Malaysia.