Kemaskini Windows 8.1 Update 1 merupakan salah satu kemaskini yang dinantikan ramai pengguna Windows 8, dimana ia menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya. Menariknya, kini ia dilihat telah sedia diterbitkan di pelayan Microsoft, dan pengguna boleh mendapatkannya dengan membuat sedikit perubahan pada Registry.
Untuk memuat-turunnya, pengguna hanya perlu membuka “Regedit”. Ini boleh dilakukan dengan menekan Start + Q, dan membuat carian “Regedit”.
Sebaik sahaja membukanya, pergi ke HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\
dan buat sebuah “Key” baru yang dinamakan sebagai HWindowsPoolS14. Anda boleh membuat “Key” ini dengan klik kanan pada bahagian kanan tetingkap, dan memilih “Key”.
Seterusnya, anda hanya perlu memulakan semula sistem komputer anda, dan pergi ke Windows Update untuk mula memuat-turun kemaskini untuk Windows 8.1 Update 1.
Selain perubahan pada “Regedit”, pengguna juga turut boleh memuat-turun secara manual dengan mendapatkan fail MSU daripada pelayan rasmi Microsoft.
Ia kurang pasti sama ada versi yang hadir ini versi akhir ataupun hanya versi percubaan sahaja buat masa ini. Microsoft dijangka akan memperkenalkan kemaskini ini secara rasminya pada bulan April kelak.