Sekiranya anda seorang video editor, pastinya terdapat satu ketika yang memerlukan anda untuk menyunting video, dengan ketelitian frame by frame. Atau terpaksa membazirkan masa melakukan panning atau cropping untuk membuatkan video tersebut berada pada posisi yang dikehendaki.
Perkara renyah sebegitu bukan lagi mimpi buruk bagi anda dengan fungsi Auto Reframe yang baru diperkenalkan untuk Adobe Premiere Pro. Menggunakan teknologi kecerdasan buatan Adobe Sensei, video tersebut akan dianalisa dan Auto Reframe akan membuatkan proses panning dan cropping semudah menekan hanya satu butang.
Kecerdasan buatan Adobe Sensei akan mengesan dibahagian manakah dalam satu frame tersebut merupakan subjek, dan akan melakukan keyframing pada posisi yang bertepatan, tanpa membuang sebarang babak. Dalam video diatas, jelas dapat dilihat bagaimana dengan satu butang, fungsi Auto Reframe dapat dilakukan dan penyunting video tidak perlu lagi melakukan perkara renyah.
Pengumuman ini dibuat di acara Adobe MAX dan kemaskini fungsi ini akan hadir ke semua Adobe Premiere Pro menerusi kemaskini Creative Cloud.