Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Pixel 4XL Didapati Mudah Patah Seakan KitKat

$
0
0

Pixel 4XL adalah peranti yang paling teruk tertiris, secara tidak langsung menjadikan peranti ini hangat dan kerap menjadi topik perbualan. Sayang sekali, selepas ia dilancarkan peranti ini mempunyai spesifikasi yang ketinggalan dan langsung tidak kena dengan nisbah harga-ke-spesifikasi. Bukan itu sahaja, peranti ini sehingga hari ini masih ada masalah kamera, video, sekuriti imbasan wajah yang tidak selamat dan banyak lagi masalah lain.

Pixel 4 dan 4XL  dibina dari kaca, aluminium teranod dan mengekalkan salutan cat tebal bagi kemasan yang boleh dikatakan mewah. Duka cita dimaklumkan, Pixel 4XL adalah peranti mahal yang tidak kukuh, mudah patah empat dan rapuh seakan KitKat. Jerry dari saluran YouTube JerryRigEverything membuat ujian ketahanan pada peranti ini dan mendapati, ia tidak kukuh dan terasa seakan peranti murah. Bukan itu sahaja, Jerry turut mengesahkan yang peranti ini menggunakan kaca Gorilla Glass 5 pada skrin yang ketinggalan. Sedangkan, peranti mercu lain telah menggunakan Gorilla Glass 6.

Harga jualan Pixel 4XL set import di Malaysia mencecah lebih RM4K dan ada juga variasi yang mencapai sehingga hampir RM5K. Dengan spesifikasi yang tidak seberapa, tidak kukuh dan banyak masalah – adakah anda masih ingin memiliki peranti ini? Jadilah pengguna bijak, RM5K sudah boleh memiliki iPhone 11 Pro yang jauh lebih baik dan benar-benar premium.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186