Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Flipkart Menandatangani Perjanjian Untuk Menjual Televisyen Berjenama Nokia Di India

$
0
0

Flipkart, salah satu platform e-dagangan terbesar di India baru sahaja menandatangani perjanjian dengan syarikat teknologi tersebut untuk menggunakan nama Nokia sebagai sebuah jenama televisyen pintar di negara tersebut.

Sama seperti HMD yang menggunakan nama Nokia untuk melancarkan pelbagai siri peranti pintar di pasaran global, Flipkart nampaknya akan menggunakan strategi yang sama untuk menjual televisyen pintar di pasaran India.

Tidak banyak yang diketahui mengenai kerjasama ini, seperti jenis televisyen pintar yang akan dibangunkan, samada ia akan hadir dengan paparan beresolusi HD/FHD sahaja ataupun yang lebih tinggi seperti 4K.

Walaupun begitu, Flipkart dan Nokia telah mengumumkan bahawa televisyen-televisyen ini akan hadir dengan sistem pembesar suara terbina daripada JBL, iaitu anak syarikat HARMAN.

Buat masa ini, Flipkart masih tidak hadir dengan pelan konkrit mengenai bilakah televisyen berjenama Nokia ini akan mula dijual, dan jika ia akan dijual di pasaran-pasaran diluar India.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186