Terdapat lebih banyak berita tentang penemuan aplikasi hasad berbanding virus komputer desktop sejak kebelakangan ini selari dengan peranti pintar yang kini lebih popular. Aplikasi hasad dibangunkan boleh menyebabkan data dicuri atau dalam kes yang lebih serius menyebabkan pengguna diintip oleh agensi kerajaan. Dengan masalah aplikasi hasad semakin runcing. Google mengumumkan penubuhan App Defense Alliance.
App Defense Alliance turut dianggotai firma keselamatan mudah alih ESET, Lookout, dan Zimperium. Kesemua aplikasi yang akan diterbitkan di Play Store akan terlebih dahulu diimbas kodnya oleh sistem keselamatan tiga firma ini bagi memastikan ia tidak mengandungi kod hasad. Dengan penubuhan App Defense Alliance, Google berharap aplikasi hasad dapat dihalang sebelum diterbitkan ke stor atas talian mereka.