Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Sony EvolutionUI : Antaramuka Peranti Anda Kini Sebuah Permainan

$
0
0

Telefon pintar anda mampu melakukan pelbagai perkara dan kadang kala ada fungsi yang disertakan oleh pengeluar tidak anda sedari kerana anda tidak membaca manual.  Jadi apakah cara terbaik untuk mengajar pengguna peranti pintar baru dengan cara-cara menggunakan kesemua fungsi yang boleh mereka lakukan? EvolutionUI ialah projek yang sedang dilakukan oleh Sony untuk mengubah antaramuka peranti anda menjadi sebuah permainan. Melalui proses pempermainan (gamification), fungsi -fungsi tertentu peranti akan diaktifkan selepas pemilik berjaya melakukan beberapa pencapaian (achievement). Sebagai contoh fungsi talam aplikasi hanya boleh diakses selepas pengguna membuka 5 aplikasi. Jika anda berjaya meletakkan pintasan pada muka hadapan peranti pula fungsi muka baru pada paparan akan diaktifkan. Lencana khas akan diberikan kepada anda dengan setiap pencapaian yang anda lakukan sama seperti yang ada konsol PlayStation milik Sony. EvolutionUI pada hemat kami mungkin berguna untuk mereka yang kurang arif dengan antaramuka peranti Android Sony. Ianya masih lagi didalam fasa percubaan dan eksperimentasi. Menurut Sony kepada pemilik yang sudah biasa dengan antaramuka Xperia fungsi ini dapat dipadamkan sekiranya perlu. Sebuah idea yang mungkin dianggap gila tetapi kami boleh nampak logik di sebalik idea ini.

Achievement

Sumber Sony


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186