Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Realme 7i Dijual Di Malaysia Pada Harga RM999

$
0
0

Realme hari ini memperkenalkan sebuah lagi peranti baru untuk pasaran tempatan menerusi kemunculan Realme 7i. Ditawarkan pada harga RM999, model terbaru ini hadir dalam dua pilihan warna seperti Fusion Green dan Fusion Blue. Lebih menariknya lagi, setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah percuma berupa Realme 10,000mAh Power Bank 2 ataupun Realme Buds Classic.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi laman Lazada bermula hari ini, bermula jam 2 petang. Manakala, jualan secara luar talian pula akan bermula pada 17 Oktober 2020 menerusi kedai rasmi Realme dan pengedar sah di seluruh Malaysia.

Realme 7i didatangkan dengan skrin bersaiz 6.5-inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 662, GPU Adreno 610, memori 8GB RAM ( LPDDR4X), storan 128GB (UFS 2.1) dan bateri 5,000mAh (USB Type-C) dengan pengecasan pantas 18W. Kamera utama pula hadir dengan konfigurasi 64-Megapixel (f/1.8) (utama) + 8-Megapixel (f/2.2) (ultra-lebar) + 2-Megapixel (f/2.4) (B&W) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro). Manakala, kamera hadapannya pula sebesar 16-Megapixel (f/2.1) dengan penggunaan sensor Sony IMX471.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186