Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Siri Realme Q2 Rasmi Di China Dengan Sokongan Rangkaian 5G, Skrin 120Hz

$
0
0

Jika sebentar tadi Realme Malaysia telah memperkenalkan Realme 7i dan Realme C17 untuk pasaran tempatan. Berbeza pula ceritanya di China, di mana siri Realme Q2 telah dilancarkan sebentar tadi. Siri terbaru ini terdiri dengan tiga buah model berbeza iaitu Realme Q2, Realme Q2 Pro dan Realme Q2i.

Realme Q2 hadir dengan paparan bersaiz 6.5-inci FHD+ (2400 × 1080 piksel) bersama skrin kadar segar semula 120Hz. Ia menggunakan pemproses MediaTek Dimensity 800U (7nm) dengan sokongan 5G SA / NSA, memori sehingga 6GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman 128GB (UFS 2.1), bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W Dart Charge. Kamera utamanya di sini terdiri dengan konfigurasi 48-Megapixel (f/1.8) (utama) + 8-Megapixel (f/2.3) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro) dan kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel (f/2.1). Realme Q2 ditawarkan di China pada harga bermula RMB 1,199 (~RM737) untuk versi asas.

Realme Q2 Pro pula hadir dengan skrin bersaiz 6.4-inci FHD+ dengan panel jenis AMOLED. Cip pemproses yang digunakan adalah MediaTek Dimensity 800U (7nm) dengan sokongan 5G SA / NSA dan dibantu oleh memori sehingga sehingga 8GB RAM serta storan dalaman sehingga 256GB (UFS 2.1). Baterinya di sini sebesar 4300mAh dengan pengecasan pantas 65W Super Dart Charge. Kameranya pula terdiri dengan empat lensa iaitu 48-Megapixel (f/1.8) (utama) + 8-Megapixel (f/2.3) (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (B&W) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro). Kamera hadapan masih sama iaitu sebesar 16-Megapixel (f/2.1). Realme Q2 Pro pula berharga bermula RMB 1,599 (~RM983) untuk seunit.

Realme Q2i pula menyokong skrin 6.52-inci HD+ (1600 x 720 piksel) dengan panel jenis LCD. Untuk spesifikasi ia menggunakan pemproses MediaTek Dimensity 720 dengan sokongan 5G, memori 4GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman 128GB (UFS 2.1). Melengkapi peranti juga adalah bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W. Kamera utama pula adalah 13-Megapixel (f/2.2) (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman), manakala kamera hadapan adalah sebesar 8-Megapixel (f/2.0). Realme Q2i dijual di China pada harga RMB998 (~RM614).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186