PHORIA adalah syarikat yang menghasilakn kandungan realiti terimbuh. Baru-baru ini mereka ada bekerjasama dengan Netflix untuk siri kandungan Our Planet baharu – Rewild Our Planet. Ia adalah kandungan baharu dari siri Our Planet siaran khas Netflix, tetapi dalam bentuk realiti terimbuh (AR).

OnePlus telah hadir dengan aplikasi baharu iaitu, REWILD – Immersive AR Nature Series. Ia adalah aplikasi realiti terimbuh untuk pengguna menikmati kandungan Rewild Our Planet terus di rumah. Aplikasi ini dibangunkan bersama-sama dengan Google, Netflix, OnePlus dan juga PHORIA. Ia dibangunkan kerana, Covid-19 menyebabkan muzium semua tutup dan pendidikan mengenai alam semula jadi terhad. Jadi dengan adanya aplikasi ini, ia memudahkan semua orang untuk menimba ilmu.

Apa yang menarik, untuk peranti OnePlus 7 ke atas – aplikasi ini menyokong Oxygen Mode yang mana mengaktifkan kandungan AR 4K UHD. Aplikasi ini sedia dimuat turun di Play Store, tetapi ia masih lagi dalam ujian beta.
Sertai Ujian Beta REWILD – Immersive AR Nature Series Di Play Store