Opera Software hari ini telah mengeluarkan versi terbaru pelayar web desktop mereka untuk para pengguna Windows dan Mac, dimana ia turut dilengkapi dengan sokongan Aura – iaitu teknologi hardware acceleration untuk pelayar web tersebut sepenuhnya.
Melalui penggunaan Aura, pelayar web Opera hadir dengan paparan animasi dan pelayaran web yang lebih lancar berbanding sebelum-sebelum ini.
Pada masa yang sama, Opera turut membolehkan para pengguna untuk memaparkan URL penuh di bar alamat, ataupun hanya ingin melihat ringkasan alamat URL sahaja – bersesuaian untuk mereka yang teknikal dan juga sebaliknya.
Bagi para pengguna Opera, anda boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, ataupun memuat-turunnya untuk Windows dan Mac hari ini.
Muat-Turun Opera 21