Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

HTC One M8 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM2399

$
0
0
HTC One M8
Pemproses 2.5 GHz Empat Teras Snapdragon 801
RAM 2 GB
Muatan Dalaman 16/32 GB dengan sokongan kad MikroSD
Kamera Utama 4 Megapixel Dengan Teknologi Ultrapixel
Kamera Hadapan 5 Megapixel lensa bersudut lebar
Skrin 5″ LCD 3 1080P
Bateri 2600 mAh

Bagi yang menantikan telefon pintar terbaru daripada HTC, hari ini, HTC Malaysia secara rasminya telah melancarkan HTC One M8 untuk pasaran tempatan. Di Malaysia ia akan ditawarkan secara esklusif melalui Maxis, selain turut boleh didapati daripada pengedar rasmi.

HTC One M8 merupakan kemaskini kepada keluarga One tahun lepas, dimana ia membawakan kemaskini dari segi spesifikasi, selain turut melengkapkan dengan HTC Sense 6.0. Sense 6.0 dilihat membawakan pelbagai kemaskini, termasuk sokongan dwi-tap untuk mengaktifkan skrin.

HTC juga turut menyertakan aplikasi memfokuskan kecergasan pada peranti mereka hasil kerjasama dengan Fitbit. Bahagian Blinkfeed turut dikemaskini, dan HTC One M8 turut hadir dengan dwi-sensor pada bahagian belakang untuk tujuan merakamkan gambar dengan lebih baik.

HTC One M8 Malaysia

Di Malaysia, HTC One M8 akan dijual pada harga RM2399. Kami akan membawakan ulasan penuh peranti ini pada minggu hadapan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186