Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

OS X Yosemite Membawakan Sokongan Input Suara-Ke-Teks Dalam Bahasa Malaysia

$
0
0

Pada awal minggu lepas, pihak Apple telah mengumumkan sistem operasi generasi baru mereka, iaitu OS X Yosemite. Ia membawakan perubahan drastik dari segi rekabentuk antaramukanya, selain turut menyertakan beberapa fungsi baru pada sistem operasi berkenaan.

OS X Yosemite

Salah satu perkara yang disertakan adalah sokongan lebih banyak bahasa untuk dictation terbina didalam sistem operasi berkenaan. Menariknya, input suara-ke-teks dalam bahasa Malaysia turut disertakan dalam sistem operasi berkenaan.

Selain daripada bahasa Malaysia, 23 bahasa lain turut disertakan pada OS X Yosemite, termasuk bahasa Indonesia.

Apa pun, sokongan ini hanya untuk fungsi dictation sahaja buat masa ini, dan tidak menyokong Siri. Mungkin kita perlu nantikan untuk beberapa tahun lagi sebelum sokongan bahasa Malaysia hadir ke Siri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186