Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Mario Kart 8 Dan Super Mario 3D World Diumumkan Untuk Wii U

$
0
0

NintendoSetelah beberapa penerbit mengambil pentas utama E3, pihak Nintendo turut sama tidak ketinggalan, dimana mereka mengumumkan beberapa permainan baru untuk Wii U yang akan hadir pada tahun ini dan tahun 2014 kelak.

Salah satunya adalah Super Mario 3D World yang mana membawakan sokongan untuk empat pemain bermain bersama menggunakan watak Mario, Luigi, Princess Peach dan juga Toad. Permainan ini dijangka akan hadir ke Wii U sekitar bulan Disember kelak.

Selain Super Mario 3D World, pihak Nintendo turut berkongsi mengenai permainan Mario Kart 8 yang akan hadir pada tahun hadapan. Permainan berbentuk perlumbaan ini akan membawakan perlumbaan anti-graviti, membolehkan pemain melalui dinding, siling, dan sebagainya dalam mendahului pesaing. Permainan ini dijangka hanya akan hadir pada tahun hadapan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186