Acer sebelum ini telah membuat pengumuman global untuk siri komputer baru mereka, termasuk salah satunya adalah Acer Aspire P3 dan beberapa yang lain. Kini, nampaknya peranti tersebut akan diperkenalkan di Malaysia pada minggu hadapan.
Apakah senarai penuh peranti yang bakal diperkenalkan oleh Acer masih tidak diketahui lagi. Namun, mungkin kita akan dapat melihat dua peranti terbaru yang diumumkan mereka, iaitu Acer Aspire P3 dan juga Acer Aspire R7 hadir dan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada acara tersebut.
Memandangkan acara ini diadakan bersama oleh pihak Acer dengan rakan kerjasama mereka, iaitu Intel dan juga Microsoft, maka mungkin ia lebih kepada produk berasaskan Windows 8 dan bukannya tablet Android daripada Acer.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Acer pada minggu hadapan.