Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Keldai Plug And Play Membekalkan Kuasa Elektrik Di Turki

$
0
0

JIka and ake pedalaman Sabah sumber tenaga elektrik diperolehi menggunakan panel solar dan generator diesel. Kerap kali bekalan elektrik terpaksa dicatu dan bekalan dihentikan pada waktu malam kerana ianya lebih diperlukan pada waktu siang. Ini adalah antara cerita menarik yang kami dengari dari rakan guru yang bertugas di Sabah. Bekalan elektrik berterusan yang kita nikmati setiap hari adalah kemewahan yang masih belum dicapai penduduk luar bandar Sabah kerana kos pembinaan yang tinggi dan kesukaran mendirikan infrastruktur yang sempurna.

Di Turki penduduk luar bandar juga mempunyai masalah yang serupa. Di kawasan pedalaman yang berbukit bukau Turki jawapan kepada masalah sumber elektrik ialah program Keldai Plug and Play. Inisiatif kerajaan pusat Ankara ini ialah memberikan susbsidi kepada penduduk luar bandar untuk membeli keldai dengan panel solar. Penduduk luar bandar yang bekerja sebagai petani kini boleh mendapatkan bekalan tenaga elektrik bergerak menggunakan “keldai solar”. Kini mereka boleh mengecas telefon bimbit, menonton televisyen dan menggunakan komputer riba walaupun ketika menjaga ternakan.  Tenaga solar kerana kesukaran mendapatkan bahan api untuk generator dan tenaga solar adalah lebih mesra alam. Kerajaan Turki akan mensubsidi pembelian Keldai Plug And Play ini sebanyak 50% dari harga jualan RM 4205 seekor.

BBC Turkey Plug and Play

Kini Mustafa Oezil dan rakan-rakan boleh memuat naik status Facebook beliau “Sedang menjaga kambing di padang lapang Capadocia” dengan mudah tanpa perlu pulang ke rumah dahulu untuk berkongsi maklumat penting ini.

Sumber FastCo


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186