Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Stesen Minyak Shell Jalan Raja Chulan Mula Menerima Pembayaran Menggunakan Bitcoin

$
0
0

Pada bulan Mei lalu, Restoran Capital Nasi Dagang Kelantan di Damansara Utama telah mula menerima pembayaran keatas pembelian makanan di kedai mereka menggunakan Bitcoin. Kini, satu lagi premis perniagaan di Kuala Lumpur turut melakukan perkara yang sama dan menerima nilai Bitcoin untuk pembelian petrol dan barangan di stesen mereka.

Stesen minyak Shell Jalan Raja Chulan kini menawarkan pembayaran melalui Bitcoin sebagai alternatif kepada pembayaran matawang biasa. Pembayaran boleh dilakukan melalui aplikasi khas iaitu Bitcoin POS, aplikasi yang sama digunakan di restoran Capital Nasi Dagang Kelantan. Aplikasi tersebut akan menerima pembayaran Bitcoin untuk hari tersebut, dan mendepositkan jumlah bayaran yang dilakukan ke akaun pemilik perniagaan pada keesokkan harinya.

Bagi yang tidak mengenali Bitcoin, ia merupakan salah satu matawang berbentuk digital yang turut dikenali sebagai crypto-currency. Ia telah mendapat perhatian ramai sejak pada tahun lepas, selain beberapa perkhidmatan popular – termasuk Wikipedia mula menerimanya.

Dengan pertambahan kedai yang menawarkan matawang Bitcoin sebagai alternatif kepada pembayaran, ia dilihat sebagai satu trend yang mula mendapat perhatian ramai meskipun matawang Bitcoin tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186