Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Samsung Mengumumkan Komputer Riba ATIV Book 9 Plus & Book 9 Lite

$
0
0
AtivBook9PlusLite

Dengan beberapa peranti berbentuk mudah-alih yang hadir daripada Samsung, tidak ketinggalan sama adalah keluarga komputer riba terbaru mereka turut diperkenalkan oleh Samsung pada acara Samsung PREMIERE, dikenali sebagai ATIV Book 9 dan juga ATIV Book 9 Lite.

AtivBook9Plus-thick AtivBook9Plus-qHD

Spesifikasi ATIV Book 9 Plus boleh dikatakan sebagai komputer riba premium dengan ketebalan senipis 13.9mm dan seberat 1.39kg. Ia turut menyertakan masa penggunaan bateri sehingga 12 jam, selain turut membawakan skrin sentuh qHD+ dengan resolusi 3200×1800 pixel. Dari segi cip pemprosesan pula, ia dijana menggunakan cip Intel, dan ditawarkan dalam variasi Intel Core i5 dan juga Intel COre i7.

AtivBook9Lite-thick

Berbeza dengan ATIV Book 9 Plus, versi ATIV Book 9 Lite pula membawakan spesifikasi yang hampir sama, tetapi hanya membawakan skrin dengan resolusi 1366×768 pixel.

Buat masa ini tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan serta tiada maklumat berkenaan harga komputer riba premium ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186