Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Konsep Telefon Berasaskan Sarung Tangan Diperlihatkan

$
0
0

Glove PhoneTelefon boleh dikatakan telah menjadi salah satu alat komunikasi utama pada hari ini, dan beberapa evolusi seperti Google Glass, kasut dengan sokongan internet dan beberapa yang lain telah mula kelihatan. Kini, salah seorang perekabentuk turut hadir dengan rekabentuk telefon berasaskan sarung tangan.

Idea mengenai perkara ini mungkin bukan sesuatu yang baru. Daripada apa yang diperlihatkan, sarung tangan tersebut dilengkapi dengan sokongan Bluetooth, mikrofon pada bahagian jari kelingking, dan speaker pada ibu jari.

Seperti pelbagai peranti konsep yang lain, ia tidak dirancang untuk diperkenalkan kepada para pengguna umum buat masa ini. Namun, sekiranya ia benar-benar hadir, adakah anda akan mendapatkannya, ataupun selesa dengan rekabentuk telefon pada masa kini?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186