Bagi kebanyakkan pengguna tempatan, mungkin sedia mengenali akan laman 9GAG yang menawarkan gambar-gambar dalam bentuk jenaka dan meme. Kini, dilihat mereka turut sama memfokuskan kepada kandungan berbentuk video, dengan memperkenalkan 9GAG.TV.
Daripada apa yang dikongsikan pada laman Facebook mereka, 9GAG.TV dikatakan diperkenalkan dalam bentuk beta khusus kepada pengguna di Malaysia terlebih dahulu.
Melalui laman 9GAG.TV, ia mengumpulkan pelbagai jenis video dari YouTube, dan memainkannya secara rawak dan automatik. Seperti konsep laman utama mereka, ia turut memfokuskan kepada video-video yang unik dan berunsurkan lawak jenaka.
Jadi, mungkinkah pihak pembangun 9GAG turut mengukuhkan kedudukan mereka melalui 9GAG.TV?