Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Pokki Dan Acer Bekerjasama Menawarkan Permainan Zynga Pada Komputer Windows 8

$
0
0

Bagi pengguna Windows, mungkin sedia mengenali perisian Pokki, yang mana menawarkan sokongan menu Start untuk Windows 8, disamping membawakan pelbagai pilihan aplikasi untuk pengguna memasangnya pada komputer mereka.

Pokki Zynga

Terkini, ia dilihat, Pokki bekerjasama dengan Acer dalam menawarkan pelbagai permainan Zynga pada komputer Windows 8 daripada Acer. Ia dilaporkan, Pokki akan didatangkan terbina pada komputer Windows 8 keluaran Acer, sekaligus turut menyertakan menu Start popular daripada Pokki bersama-sama dengannya.

Daripada apa yang dikongsikan, keseluruhan permainan di Zynga.com akan disertakan bersama-sama dengan Pokki, membolehkan pengguna memainkannya terus daripada desktop dengan mudah.

Pada masa yang sama, perkara ini juga akan menguntungkan Acer dalam menawarkan lebih perkhidmatan kepada pengguna komputer mereka, serta memberikan keunikkan tersendiri kepada komputer keluaran mereka.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186