LG telah pun sedia menjadualkan sebuah acara khas pada bulan Ogos, dan kini gambar peranti yang dikatakan sebagai LG Optimus G2 mula kelihatan melalui beberapa slaid yang tertiris ke web.
Daripada apa yang kelihatan, ia membawakan rekaan hadapan dengan bahagian kerangka yang nipis. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah apabila pada kerangka belakang, beberapa butang diperlihatkan, dan tidak diketahui akan mengenai fungsinya lagi buat masa ini.
Sementara menantikan lebih maklumat mengenainya pada bulan Ogos kelak, bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan dengan rekaan yang tertiris ini?