Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Pembangun Permainan “Telaga Buruk” Hadir Dengan Aplikasi “Yo!” Untuk iOS

$
0
0

Bagi pengguna iPhone dan iPod, mungkin kenali akan salah satu permainan daripada pembangun tempatan yang telah diperkenalkan beberapa bulan sebelum ini, iaitu Telaga Buruk. Kini kelihatan, pembangun sama turut hadir dengan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai Yo!.

Yo!

Yo! adalah salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada ucapan, membolehkan pengguna menghantar pelbagai variasi daripada ucapan harian, sehinggalah kepada ucapan untuk sesuatu perisitiwa dan sebagainya.

Menggunakannya, pengguna boleh membuat grafik ucapan tersendiri, dan menghantar ia kepada rakan-rakan melalui laman sosial dan sebagainya.

Daripada apa yang dikongsikan oleh pembangunnya, versi akan datang aplikasi tersebut akan turut sama menyertakan beberapa fungsi tambahan, termasuk pilihan ucapan untuk bulan Ramadhan dan juga Aidilfitri.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya diperkenalkan untuk pengguna iOS sahaja.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186