Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Boomerang – Aplikasi Emel Yang Menarik Untuk Pengguna Android

$
0
0

Terdapat beberapa aplikasi emel untuk pengguna Android, tidak ketinggalan adalah aplikasi GMail daripada pihak Google sendiri yang ditambah-baik dari hari ke hari. Terkini, salah satu aplikasi alternatif yang menarik untuk pengguna GMail adalah Boomerang.

Boomerang Android

Boomerang merupakan aplikasi pengurusan emel yang direkabentuk dengan kemas, dan membawakan beberapa fungsi ringkas dan menarik. Ia mengintegrasikan beberapa sokongan gesture, dimana pengguna boleh swipe ke kanan diatas sesuatu emel untuk mengarkibnya, dan ke kiri untuk hadir dengan beberapa fungsi seperti memadam, membalas dan sebagainya.

Salah satu fungsi yang turut disertakan adalah dinamakan “Boomerang”, membolehkan pengguna untuk menandakan sesebuah emel untuk diingatkan kembali kepada anda pada waktu yang ditentukan kelak. Disamping itu, aplikasi ini juga membawakan fungsi untuk anda menjadualkan penghantaran emel, dan ia akan dihantar secara automatik pada tarikh dan masa yang ditentukan.

Menurut pembangunnya, mereka turut sama akan menambah beberapa lagi sokongan perkhidmatan akaun emel yang lain pada aplikasi mereka dari masa ke semasa.

Jadi, bagi pengguna Android yang banyak menggunakan emel pada peranti, mungkin Boomerang adalah salah satu aplikasi menarik yang boleh dicuba oleh anda hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186