
Pada hari ini, Sony Malaysia telah melancarkan siri terbaru laptop VAIO mereka iaitu VAIO Fit dengan dua variasi iaitu Fit dan Fit-E, VAIO Duo yang merupakan model laptop convertible dan juga VAIO Pro, ultrabook dengan ketahanan bateri paling lama dalam kelasnya.
Model VAIO Fit merupakan model yang memfokuskan kepada pengguna awam yang membawakan fungsi laptop asas termasuklah mempunyai pemacu cakera padat berbanding VAIO Duo & VAIO Pro. Kesemua VAIO Fit E didatangkan dengan paparan sebesar 14 inci 1366 x 768 dan versi Fit didatangkan dengan skrin beresolusi 1600 x 900 piksel. Ia turut menyertakan Windows 8 64 Bit dan juga kamera ‘Exmor R for PC’.
Kesemua laptop siri VAIO Fit seberat 2.2kg. Harga VAIO Fit E berbeza mengikut 4 variasi bermula RM 1599 sehingga RM 2699. Harga VAIO Fit pula yang mempunyai 2 variasi spesifikasi bermula RM 3299 dan RM 3999 dengan perbezaan pada cip pempropsesan. Sesetengah versi VAIO FIt juga mempunyai sokongan NFC.
Model VAIO Duo merupakan laptop convertible mempunyai spesifikasi Intel Core i5 1.60Ghz, 4GB LPDDR3, kapasiti storan 128GB SSD, dengan skrin sentuh bersaiz 13.3 inci dengan resolusi HD penuh 1920 x 1080, kamera Exmor R for PC untuk tujuan panggilan video dan juga kamera Exmor RS for PC yang mempunyai sensor pengimejan sebesar 8 Megapiksel. Laptop ini juga membawakan bentuk yang mempunyai mod tablet dan juga mod desktop dan dijual pada harga RM 4999.
Model VAIO Pro mempunyai 3 variasi dengan spesifikasi utamanya Intel Core i5 1.6Ghz dan versi tertinggi membawakan Intel Core i7 1.8Ghz. Antara spesifikasi lain termasuk RAM 4GB DDR3, kapasiti storan 128 GB SSD dan versi tertinggi mempunyai 256 GB SSD. Kesemua model membawakan skrin sentuh beresolusi 1920 x 1080 piksel dan bersaiz 11 inci dan juga 13 inci. Kesemua laptop VAIO Pro seberat hampir 1kg dan dijual pada harga bermula RM 3599 sehingga RM 4999.