Acer agak aktif pada tahun ini, dimana selain hadir dengan beberapa komputer riba dan tablet yang menarik, kini mengikut laporan awal, Acer turut dikatakan sedang membangunkan sebuah tablet berasaskan Tegra 4 dan dijana menggunakan Android 4.2.2.
Lain-lain spesifikasi adalah termasuk penggunaan memori sebesar 2GB RAM bersama-sama dengannya – salah satu spesifikasi yang kini biasa digunakan pada telefon pintar dan tablet berkuasa tinggi.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Acer akan melancarkan tablet berkenaan ataupun sekadar sedang mengujinya dalam bentuk prototaip sahaja.
Tahun ini, Acer telah hadir dengan beberapa tablet, termasuk Iconia B1 dan juga Iconia W3.