
Beberapa nama peranti telah kami dengar sebelum ini, dimana antaranya adalah Galaxy S4 Active, Galaxy S4 Mini, dan juga Galaxy S4 Zoom. Kini, salah satu nama baru yang kedengaran adalah Galaxy S4 Mega.
Perkara ini diperlihatkan oleh pihak Samsung sendiri melalui kemaskini aplikasi WatchOn mereka, mengatakan ia akan serasi dengan peranti Galaxy S4 Mega yang bakal dilancarkan.
Namun, salah satu perkara yang menjadi pertanyaan adalah apakah kelebihan yang akan dibawakan oleh peranti berkenaan. Seperti semua sedia maklum, peranti “Active” dikatakan akan tahan lasak, dan “Zoom” pula akan membawakan fokus pada bahagian kamera.
Selain itu, beberapa minggu lepas juga, pihak Samsung telah memperkenalkan siri peranti Galaxy Mega yang membawakan saiz skrin melangkaui 5-inci dan 6-inci. Adakah sekiranya penyenaraian peranti ini pada aplikasi berkenaan adalah tepat, maka kita akan melihat peranti Galaxy S4 dengan saiz skrin yang lebih besar?
Adakah ia masih relevan untuk Samsung hadir dengan peranti Galaxy S4 Mega?