
Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan dengan HyppTV yang akan ditawarkan melalui pakej Streamyx, serta aplikasi Android dan juga iOS untuknya, pihak Telekom Malaysia juga turut berkongsi mengenai perkhidmatan HyppTV melalui pelayar web yang akan ditawarkan mereka tidak lama lagi.
Seperti tawaran yang lain, pengguna yang ingin mengaksesnya melalui pelayar web diperlukan mempunyai akaun UniFi atau Streamyx sedia ada, dan segala langganan akan dipautkan pada akaun mereka.
Melalui web, TM menyediakan pemain berasaskan HTML5, membolehkan pengguna menikmati pelbagai video, daripada siaran saluran televisyen dan juga VOD (Video-On-Demand), disamping mengakses kepada sejarah tontonan mereka melalui sebuah halaman khas.
Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah perkhidmatan ini akan dilancarkan kepada umum. Mungkin kita boleh melihatnya diuji dikalangan pengguna umum dalam masa beberapa bulan lagi.