
Mungkin umum sedia maklum akan berkenaan acara khas yang dijadualkan oleh Google, dan bakal diadakan dalam tempoh kurang sejam lagi. Bagi mereka yang berminat, pihak Google menyediakan acara berkenaan secara langsung melalui YouTube, dan anda boleh mengikutinya melalui pelayar web anda.
Mengikut pelbagai spekulasi awal, pihak Google dijangka akan berkongsi mengenai Android 4.3, disamping mengumumkan mengenai Nexus 7 generasi baru. Mungkin juga pihak Google mempunyai beberapa kejutan selain daripada beberapa info yang telah tertiris sebelum ini.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Google dalam tempoh kurang sejam lagi.