Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Instagram Memadam Gambar Yang Dimuat-Naik Menggunakan Aplikasi Instance

$
0
0

InstagramHanya selepas beberapa hari aplikasi Oggl hadir dengan sokongan memuat-naik gambar ke Instagram, kini ia kelihatan yang mana gambar yang dimuat-naik menggunakan aplikasi Instance dipadam oleh pihak Instagram.

Instance sebelum ini telah menjadi salah satu aplikasi popular dikalangan pengguna Windows Phone, membolehkan mereka memuat-naik gambar, disamping melihat gambar-gambar yang dimuat-naik rakan-rakan mereka, dan meninggalkan komen padanya.

Daripada apa yang dilihat, gambar kelihatan berjaya dimuat-naik ke Instagram melalui aplikasi berkenaan, tetapi ia dipadam dalam masa beberapa saat selepas ia dimuat-naik.

Perkara ini kelihatan hanya melibatkan penggunaan aplikasi Instance sahaja buat masa ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186