HTC hari ini menerbitkan sebuah video promosi ringkas melalui akaun Vine rasmi mereka, sekaligus membuatkan ramai yang hadir dengan pelbagai spekulasi. Salah satunya adalah tajuk “Big Things Ahead” yang dispekulasikan ramai adalah berkaitan dengan One Max.
Desas-desus mengenai One Max bukanlah sesuatu yang baru. Ia dikatakan akan hadir dengan ciri-ciri sama seperti HTC One yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini, tetapi akan menyertakan beberapa perubahan dari segi spesifikasi, dan menyertakan skrin bersaiz besar – bersesuaian dengan kategori phablet.
Selain daripada peranti, salah seorang pelakon pada video teaser tersebut turut mendapat perhatian, dimana dikatakan berkemungkinan adalah pelakon IronMan – Robert Downey Jr.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh pihak HTC tidak lama lagi.