Selain daripada Asus yang dikatakan akan hadir dengan tablet Nexus 10 untuk tahun ini, desas-desus baru juga mengatakan kemungkinan pihak Motorola akan hadir dengan telefon pintar Nexus untuk tahun ini.
Ia dikatakan akan disasarkan untuk pelancaran pada suku ke-4 tahun ini, dan akan membawakan peranti yang serba baru berbeza dengan Moto X yang diumumkan baru-baru ini.
Sekiranya ia benar, maka semestinya perkara ini akan menjadikan ramai yang tertanya-tanya sama ada ia akan dipasarkan secara meluas ataupun tidak, memandangkan pemasaran pihak Motorola tidak meliputi seluruh dunia seperti beberapa pengeluar Nexus sebelum ini.
Apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan dengan telefon pintar Motorola untuk tahun ini.