Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

NVIDIA Mengeluarkan Kod Sumber Untuk Project Shield

$
0
0

NVIDIA pada awal tahun ini sedia memperkenalkan alat permainan berasaskan Android, dinamakan sebagai Project Shield. Walaupun ia masih tidak diketahui bilakah ia akan ditawarkan di pasaran global dengan meluas, tetapi ia tidak menghentikan pihak NVIDIA daripada menawarkan kod sumber untuknya.

NVIDIA Project Shield

Buat masa ini, peranti yang berasaskan Android tersebut menyokong beberapa perkara, dan salah satu yang menarik perhatian ramai pengguna adalah kebolehan untuk menjalankan permainan yang di stream melalui PC.

Seperti biasa, pihak NVIDIA menekankan yang mana kod sumber tersebut ditujukan kepada para pembangun, dan mungkin tidak begitu sesuai untuk pengguna biasa. Namun, dengan melancarkan kod sumber ini kepada umum, mungkin kita akan melihat perkembangan positif untuknya daripada para pembangun, terutamanya daripada komuniti XDA.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186